lama gak aku duk simpan resepi nihh..bkn ape.. xdek masa la nk taip.. malas pun ye..hehe
aku upload kt muka buku gambo apam ni, haisshhh...ramai plak minta resepi..sorang mber aku nih dari die
7 bulan pregnt sampai bersalin aku xbg2 lg..sory ye mas!! xsempt nak bg ...pasni aku suruh dieorg ambk kt Blog nuyin ni jer..so jom!! tgk ape bahan2nya...
Bahan-bahannya:
- 3 biji telur-dari peti sejuk, (klau bole ambk telur gred A, besau skit)
- 275 gm tepung gandum
- 220 gm gula halus
- 150 ml susu segar@susu cair (aku guna susu cair je)
- 3 sudu teh baking powder
- 1 sudu kecil ovalette (isinya warna oren)
- filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa korang
- pewarna (ikut suka nk warna ape)
- masukkan semua bahan apam dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang( mula2 slow dulu, pastu trs ambk no.5)
- dh kembang,bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
- masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag (klau xdek, pkai plastik pun bole n potong moncong plastik tu)
- picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja
- letakkan filling(inti) secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan
- picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
- last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak
tip: sementara nk siapkan bahan, g panaskan pengukus dulu.. sebelum letak apam pastikan air pengukus dh mendidih.
: balut tudung periuk pengukus tu ngan kain bersih supaya wap xterkena kat apam tu nanti
: kalau korang xtau ovelet tu ape, g je kat kedai jual barang2 kek, p tanye kt situ, confirm ade!!
: kalau korang seorng yg kreatif lagi inovatif lukis la gambo lain, angrybird ke, doremon ke, naruto ke..heheh..
_______________________jom layanzzzz gambooo.......______________________________
Ni sebelum masuk periuk
tu die!! dh siap masak..
sebelum n selepas
Nuyin yg sangat suka makan apam ni..so
ibu namakan Apam Polkodot Nuyin...hahah
No comments:
Post a Comment