Wednesday 20 June 2012

Selamat Datang Bulan Syaaban

Alhamdulillah..syaaban muncul lagi...

FADHILAT BULAN SYAABAN
Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :
  • Memperbanyakkan puasa sunat
Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah S.A.W lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini. Begitulah tingginya pekerti Nabi Muhammad nabi junjungan kita.
Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."
  • Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W.
Kita sebagai umat Islam juga digalakkan untuk memperbanyak doa, zikir, dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)
  • Bertaubat
Kita juga digalakkan untuk melalukan taubat kepada Allah SWT. Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu." Sabda Nabi s.a.w. : Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu. Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s.di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Syaaban, dimudahkan Allah atasnya Sakaratulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada huru-hara Mungkar dan Nakir, ditutup Allah keaipannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya. Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Syaaban dan akhir Khamis daripada Syaaban, dimasukan dia ke dalam syurga. (dari kitab Al-Barakah). Berkata Siti Aisyah r.a., bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan Syaaban.
Sabda Nabi s.a.w.: Syaaban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani). Sabda Nabi s.a.w.: “Bahawa puasa Syaba'an kerana membesarkan Ramadhan. Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Syaaban, kemudian dia bersalawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa maka di ampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatikan rezeki baginya” antara lain sabdanya lagi: “Bahawa Allah Ta'ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat”.


MALAM NISFU SYAABAN

Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban. Maka, Nisfu Syaaban adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu.
Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai. Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a: Rasulullah S.A.W telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda S.A.W dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda S.A.W berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.” Baginda Rasulullah sendiri telah menggalakkan kita agar beramal pada malam kemuliaan nisfu syaaban dengan sabdanya :
Ertinya : “ Apabila tiba malam Nisfu Syaaban , maka hendaklah kalian bangun pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya, ini kerana Allah swt (turun merahmati hamba-hambaNya) pada malam tersebut mulai dari terbenamnya matahari ke langit dunia. Allah swt berfirman ” Adakah dari kalangan hamba-hambaKu yang memohon keampunan, maka akan Ku ampunkannya. Adakah dari kalangan mereka yang memohon rezeki , maka akan Ku turunkan rezeki untuknya. Adakah dari kalangan mereka orang yang ditimpa bala, maka akan Ku sejahterakannya. Adakah dari kalangan mereka yang begini dan adakah dari kalangan mereka yangt begini sehinggalah terbit Fajar “.
Setelah Baginda S.A.W selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”
Hari nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Syaaban bermula pada 14 hb Syaaban sebaik sahaja masuk maghrib).
  Sumber : Copy paste : HIKMAH

Wednesday 30 May 2012

Jakarta muncul lagi

Salam..

sihat semua ye bapak2..ibu2...semua yang ada disini~..hehe..ckp indon sekjp.
tau la blik dr indon..lma dh simpn gmbo..xsempt nk upload..
jom layan cite jp erk ..ni kali ke 2 aku ke sana, first sampai sna bln 5 taun 2010 kalau xsilap la..
masa tu g ramai2 ngan mber opis..kategori rombongan la kot..hihi..ok..kali ni aku g ngan asben, anakku nuyin, n family adik iparku..kiteorg gembel je g sbb dh ade pengalaman sampai sna..rasenya xsusah sangt la..

tp kali ni aku g jakarta je..xg bandung pun..rasenya g bandung lg besst..sbb bnyk tempt menarik leh g..kalu kt jakarta xbnyk tempt menarik cam kt bandung ..antara tempt menarik leh g kat jakarta tanah abang(khas kaki shoping), tempat jual barang kulit ori!! tp xigt nama tempat..hehe..masjid iqtilal..monas..ni je tempt yg  sempt aku lawat..kat MONAS tu tempt die cam dataran jer..tp ade menara emas..tiang die tinggi gler..pastu ade emas betoi kt atas skali..xleh curi!! ade polis jaga...hehe..jomm layan gambo yg xseberapa nk tangkap...

                                                  ni kt airport...nuyin n arissa
                                                      pintu depan hotel kalisma, jakarta
                                              Nuyin rasmi dulu
                                                    Dataran Monas..Lubuk Emas
                                              ni kat dataran Monas..sempat lagi naik..

                                         hari ke 2..bersama BAPAK yg bwk ktaorg jln2..
                                        Marina Anyer Resort, Jakarta..hari ke 2 duk sni..
                                         nak balik daa...bye...
                                         Alhamdulillah..selamat sampai kl..
                                         Hasil tangkapan di Tanah Abang, Jakarta..








.

Thursday 17 May 2012

Resepi Apam Polkodot Nuyinn

Salam semua..

lama gak aku duk simpan resepi nihh..bkn ape.. xdek masa la nk taip.. malas pun ye..hehe
aku upload kt muka buku gambo apam ni, haisshhh...ramai plak minta resepi..sorang mber aku nih dari die
7 bulan pregnt sampai bersalin aku xbg2 lg..sory ye mas!! xsempt nak bg ...pasni aku suruh dieorg ambk kt Blog nuyin ni jer..so jom!! tgk ape bahan2nya...

Bahan-bahannya:

  • 3 biji telur-dari peti sejuk, (klau bole ambk telur gred A, besau skit)
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus
  • 150 ml susu segar@susu cair (aku guna susu cair je)
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovalette (isinya warna oren)
  • filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa korang
  • pewarna (ikut suka nk warna ape)
 Cara nak buatnya :
  1. masukkan semua bahan apam dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang( mula2 slow dulu, pastu trs ambk no.5)
  2. dh kembang,bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
  3. masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag (klau xdek, pkai plastik pun bole n potong moncong plastik tu)
  4. picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja
  5. letakkan filling(inti) secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan
  6. picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
  7. last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak 
senang je kan...so ape lg...esok buat erk...:)

 tip: sementara nk siapkan bahan, g panaskan pengukus dulu.. sebelum letak apam pastikan air pengukus dh mendidih.
     : balut tudung periuk pengukus tu ngan kain bersih supaya wap xterkena kat apam tu nanti
     : kalau korang xtau ovelet tu ape, g je kat kedai jual barang2 kek, p tanye kt situ, confirm ade!!
     : kalau korang seorng yg kreatif lagi inovatif lukis la gambo lain, angrybird ke, doremon ke, naruto   ke..heheh..
_______________________jom layanzzzz gambooo.......______________________________


                                            Ni sebelum masuk periuk
                                             tu die!! dh siap masak..
                                           sebelum n selepas
                                                    Nuyin yg sangat suka makan apam ni..so
                                                    ibu namakan Apam Polkodot Nuyin...hahah
 




Thursday 10 May 2012

Cukuplah Allah Menjadi Penolong




 Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung. (Ali Imran: 173)

Ketika Nabi Ibrahim 'alaihi salam dilempar ke dalam api, baginda mengucapkan hasbunallahu wani’ mal wakil, lalu Allah menjadikan api yang panas menjadi dingin sehingga Nabi Ibrahim terselamat dari api yang membara itu.

Mari lazimkan membaca kalimah ini, hasbunallahu wani’ mal wakil.

Moga ada manfaat

everlasting love

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers